Monday, December 28, 2009

PEDOMAN

B E R I N G A T L A H :-

* Perbanyakkanlah ikrar dan pengakuan terhadap LAA ILAHA ILLALLAH sebelum tiba suatu masa di mana kamu tidak dapat lagi mengucapkannya.
*Dengan berzikir semua keberatan akan berubah menjadi senang, setiap bebanan menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap
* Jika suka memberi pendapat, maka sanggup juga menerima pendapat dari orang lain.
* Jika suka memberi nasihat, maka sanggup juga menerima nasihat dan jika hendak menilai diri sendiri, pandanglah apa yang ada dibawah jangan sekali membandingkan dengan apa yang ada di atas.
* Hendaklah kita mengingati Allah, walaupun di mana kita berada dan apa jua keadaan sama ada susah mahupun senang.

Monday, December 14, 2009

ANDA INGIN BERJAYA

Anda ingin berjaya?
Mulakan cita-cita dengan niat.
setiap perbuatan bergantung kepada niat. Oleh sebab itu, niatkanlah kebaikan dalam setiap amalan. Berikanlah manfaat kepada orang lain dan hindari daripada melakukan kejahatan.

Fokuskan perhatianmu kepada satu-satu pekerjaan, perdalami, tekuni dan cintai sehingga terserlah daya kreativiti dirimu.

UJIAN KELAYAKAN TINGKATAN SATU BAGI TAHUN 2010




Tahniah kepada calon-calon yang telah berjaya / lulus dalam ujian kelayakan ke tingkatan satu bagi sesi 2010. Unit Kaunseling SABK MIA mengucapkan selamat datang ke SABK MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH.

Sunday, November 29, 2009

Anda (murid-murid) adalah harapan nusa dan bangsa
















Membangunkan modal insan demi untuk kepentingan agama bangsa dan negara...

Saturday, November 21, 2009

Cuti sekolah bermula

Assalamualaikum...
Cuti sekolah telah kembali, semoga pelajar-pelajar semua dapat mengisi masa cuti sekolah ini dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan lupa ulang kaji pelajaran khususnya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010. Bertindaklah lebih awal agar anda semua dapat melakukan yang terbaik. Cikgu sentiasa mendoakan kesejahteraan anda di dunia dan akhirat.















sekamat menghadapi peperiksaan SPM untuk semua pelajar-pelajar tingkatan lima yang cikgu sayangi

Wednesday, October 14, 2009

ROKOK

Usah Lagi Membazirkan Wang dan Membahayakan Kesihatan Anda Dengan Menjadi Perokok!
Ketahui Bagaimana Anda Boleh Berhenti Merokok Untuk Selama-lamanya Dalam Masa 3 Minggu Tanpa Perlu Mengambil Sebarang Ubat atau Herba atau sebarang makanan pelik!

Salam hormat buat sahabatku..
Saya pasti! Suatu masa dahulu.. anda bukanlah seorang perokok! Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan menjadi salah seorang perokok tegar. Beribu-ribu wang telah dihabiskan untuk membeli rokok selama beberapa tahun kebelakangan ini. Prestasi kesihatan anda pula, semakin menurun. Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah je pun sudah termengah-mengah.
Tidak perlulah saya menceritakan lebih banyak lagi akan keburukan merokok, saya pasti anda pun sudah sedia maklum, malah, anda mungkin lebih arif lagi mengenainya. Masakan tidak, setiap hari anda membaca notis amaran serta melihat gambar yang mengerikan yang terdapat pada kotak rokok tersebut. Sudah tentunya anda sudah begitu faham dan tahu mengenainya.
Namun begitu, walaupun betapa nikmatnya anda menghisap asap pahit itu, saya pasti, ada sekelumit niat serta keinginan di dalam diri anda untuk berhenti merokok.
Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, "Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya".
Maaf Sahabatku! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku...Apabila Nafas Anda Berhenti (MATI)!
Jika anda tidak berusaha untuk berhenti daripadanya, maka ia tidak akan terhenti. Usah lah berputus asa... untuk berhenti merokok!, ada caranya. Ianya seperti berperang, anda mesti ada strategi! Tidak boleh serang secara melulu dan bertahan tidak kena pada tempatnya. Jika tidak, tidak hairanlah anda masih lagi menghisap batang panas yang berasa payau itu sehingga hari ini.
Dulu... Saya Juga Seperti Anda..
Saya mula menghisap rokok ketika dibangku sekolah. Semuanya kerana terikut-ikut atas pengaruh rakan. Pertama kali saya menghisap rokok, saya batuk terbahak-bahak dan terasa ingin muntah. Pada waktu itu, saya tidak sedar, itu sebenarnya adalah merupakan petunjuk bahawa tubuh saya terkejut dengan racun yang saya sendiri alurkan.
Pada waktu itu saya menghisap rokok hanyalah sekadar suka-suka. Saya mula menjadi perokok tegar selepas melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej matrikulasi. Berpuluh-puluh ringgit saya habiskan setiap bulan untuk membeli kotak rokok. Perkara ini berterusan sehinggalah saya tamat belajar di IPTA dan memasuki alam pekerjaan.
Jika dikira-kira, berpuluh ribu wang saya telah dihabiskan hanya untuk membeli rokok. Sememangnya sesuatu yang amat sadis dan merugikan.
Sampailah di suatu ketika, apabila saya bertemu dengan seorang rakan saya yang telahpun berjaya berhenti merokok. Dari situ, timbul perasaan cemburu dan teruja dalam diri saya untuk turut sama berhenti merokok. Saya sungguh berasa tercabar untuk turut membuktikan yang saya juga boleh berhenti merokok
Setelah berusaha beberapa minggu, saya berjaya berhenti merokok, namun.. selepas beberapa hari, saya ‘on’ balik. Kadang-kadang, saya terfikir seperti mahu berputus asa.. tetapi mengenangkan "Jika orang lain boleh buat! kenapa aku tidak boleh buat?" . Saya kuatkan semangat dan tekad untuk berhenti merokok...
Alhamdulilah, berkat usaha melalui tunjuk ajar rakan-rakan, sokongan keluarga dan juga dari hasil pembacaan, saya akhirnya menjumpai penawarnya...
Cara Yang Sebenar-sebenarnya Bagaimana Untuk Berhenti Merokok..
Ya! saya telah menjumpai cara yang sebenar-benarnya untuk berhenti merokok. Saya kini sudah tidak lagi merokok! Saya berjaya berhenti merokok TANPA PERLU mengambil apa-apa ubat, mahupun gula-gula getah semata-mata untuk mengantikan ketagihan merokok.
Pada pengalaman saya, kaedah sebegitu sebenarnya kurang berkesan. Ianya hanya akan membuatkan anda bergantung pula kepada bahan-bahan tersebut. Silap haribulan, kos untuk membeli penawar itu lebih tinggi dari kos merokok. Akibatnya, lambat-laun, anda akan kembali merokok semula.
Hidup Saya Kini Lebih Bermakna!
Benar sahabatku, setelah berjaya berhenti merokok, saya dapat merasakan perbezaan yang amat ketara dalam hidup saya. Saya rasa, hidup saya lebih bermakna dan lebih menggembirakan.
Saya kini sudah boleh merasai akan rasa sebenar setiap makanan yang saya nikmati. Berbanding dulu, makanan yang dimakan tidak dapat saya rasai akan kemanisan dan kesegarannya yang sebenar. Rasa payau pada lidah menenggelamkan nikmat sebenar rasa makanan yang dimakan.
Kehidupan saya juga rasa lebih bertenaga. Setiap kali bangun tidur, saya rasa lebih segar. Si isteri? Jangan ceritalah.. dia pun lebih gembira kerana tiada lagi nafas busuk yang berbau rokok setiap kali bangun tidur.
Wang? Jika dulu agak sukar untuk saya menyimpan wang, kini, alhamdulilah, sedikit demi sedikit saya dapat menyimpan wang dan sekaligus menjadikan kedudukan kewangan saya lebih baik.
Rakan-rakan? Percaya atau tidak, selepas saya berhenti merokok, satu demi satu rakan saya juga turut berhenti merokok, semuanya menggunakan teknik yang sama seperti mana yang saya gunakan.
HIDUP ini menjadi lebih INDAH!
Jom! Mari Kita Berhenti Merokok!
Marilah! marilah kita bersama-sama memBEBASkan diri daripada menjadi "Hamba Rokok" untuk selama-lamanya... bukan untuk 3 hari, seminggu atau sebulan... tapi untuk selama-lamanya...
Untuk tujuan itu, saya telah pun membukukan "Cara-cara Bagaimana Saya Berhenti Merokok!". Saya harap, ianya dapat membantu anda di dalam usaha untuk berhenti merokok! Jika saya mampu lakukannya.. saya yakin, anda juga mampu untuk melakukannya?
Inilah dia ebook yang telah saya tulis untuk membantu anda membebaskan diri jadi menjadi perokok tegar. Di dalam ebook ini, saya kongsikan cara-cara mudah untuk berhenti merokok. Selain itu, antara isi kandungan yang turut terdapat dalam ebook ini ialah:-

· 2 Perkara Utama yang membuatkan anda terus merokok. Anda perlu sedar mengenai 2 perkara ini, jika tidak, sampai bila-bila pun anda akan terus merokok.
· 5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok. Ramai orang yang gagal berhenti merokok, tidak tahu sebab mengapa mereka gagal untuk berhenti. Disebabkan itu, mereka akhirnya menjadi pasrah dan tidak mahu lagi berusaha
· 4 Kelebihan Utama Bberhenti Merokok. Jika anda ingin berhenti merokok, anda mesti tahu, mengapa anda mesti berhenti merokok? 4 Kelebihan ini akan memberikan anda sebab yang kukuh, mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang!
· Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok. Disinilah rahsia terbesar bagaimana anda boleh berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca, fahami dan lakukan setiap langkah yang diajarkan dengan penuh tekad.
· Tempoh Pantang Merokok. Berapa lamakah anda harus berpantang dari menghisap rokok untuk membolehkan anda kekal berhenti merokok selamanya? Semua itu dikupas di dalam bab ini.
· Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok. Selepas anda berjaya melepasi tempoh pantang merokok, masih ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kembali merokok, ketahui apa perkara tersebut dan pastikan anda mengelakkan dari melakukannya.
· Rokok Terakhir . Bagaimana menghadapi saat-saat terakhir anda bersama rokok. Ianya amat penting dan kritikal.
· Amaran Terakhir. Jika terasa ingin merokok semula, ingatilah amaran ini.
· Saat Kebenaran . Kebebasan dan ketenangan hidup kini adalah milik anda. Bergembiralah!
Usah Lagi Membazirkan Wang dan Membahayakan Kesihatan Anda Dengan Menjadi Perokok!
Ketahui Bagaimana Anda Boleh Berhenti Merokok Untuk Selama-lamanya Dalam Masa 3 Minggu Tanpa Perlu Mengambil Sebarang Ubat atau Herba atau sebarang makanan pelik!

Salam hormat buat sahabatku..
Saya pasti! Suatu masa dahulu.. anda bukanlah seorang perokok! Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan menjadi salah seorang perokok tegar. Beribu-ribu wang telah dihabiskan untuk membeli rokok selama beberapa tahun kebelakangan ini. Prestasi kesihatan anda pula, semakin menurun. Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah je pun sudah termengah-mengah.
Tidak perlulah saya menceritakan lebih banyak lagi akan keburukan merokok, saya pasti anda pun sudah sedia maklum, malah, anda mungkin lebih arif lagi mengenainya. Masakan tidak, setiap hari anda membaca notis amaran serta melihat gambar yang mengerikan yang terdapat pada kotak rokok tersebut. Sudah tentunya anda sudah begitu faham dan tahu mengenainya.
Namun begitu, walaupun betapa nikmatnya anda menghisap asap pahit itu, saya pasti, ada sekelumit niat serta keinginan di dalam diri anda untuk berhenti merokok.
Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, "Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya".
Maaf Sahabatku! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku...Apabila Nafas Anda Berhenti (MATI)!
Jika anda tidak berusaha untuk berhenti daripadanya, maka ia tidak akan terhenti. Usah lah berputus asa... untuk berhenti merokok!, ada caranya. Ianya seperti berperang, anda mesti ada strategi! Tidak boleh serang secara melulu dan bertahan tidak kena pada tempatnya. Jika tidak, tidak hairanlah anda masih lagi menghisap batang panas yang berasa payau itu sehingga hari ini.
Dulu... Saya Juga Seperti Anda..
Saya mula menghisap rokok ketika dibangku sekolah. Semuanya kerana terikut-ikut atas pengaruh rakan. Pertama kali saya menghisap rokok, saya batuk terbahak-bahak dan terasa ingin muntah. Pada waktu itu, saya tidak sedar, itu sebenarnya adalah merupakan petunjuk bahawa tubuh saya terkejut dengan racun yang saya sendiri alurkan.
Pada waktu itu saya menghisap rokok hanyalah sekadar suka-suka. Saya mula menjadi perokok tegar selepas melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej matrikulasi. Berpuluh-puluh ringgit saya habiskan setiap bulan untuk membeli kotak rokok. Perkara ini berterusan sehinggalah saya tamat belajar di IPTA dan memasuki alam pekerjaan.
Jika dikira-kira, berpuluh ribu wang saya telah dihabiskan hanya untuk membeli rokok. Sememangnya sesuatu yang amat sadis dan merugikan.
Sampailah di suatu ketika, apabila saya bertemu dengan seorang rakan saya yang telahpun berjaya berhenti merokok. Dari situ, timbul perasaan cemburu dan teruja dalam diri saya untuk turut sama berhenti merokok. Saya sungguh berasa tercabar untuk turut membuktikan yang saya juga boleh berhenti merokok
Setelah berusaha beberapa minggu, saya berjaya berhenti merokok, namun.. selepas beberapa hari, saya ‘on’ balik. Kadang-kadang, saya terfikir seperti mahu berputus asa.. tetapi mengenangkan "Jika orang lain boleh buat! kenapa aku tidak boleh buat?" . Saya kuatkan semangat dan tekad untuk berhenti merokok...
Alhamdulilah, berkat usaha melalui tunjuk ajar rakan-rakan, sokongan keluarga dan juga dari hasil pembacaan, saya akhirnya menjumpai penawarnya...
Cara Yang Sebenar-sebenarnya Bagaimana Untuk Berhenti Merokok..
Ya! saya telah menjumpai cara yang sebenar-benarnya untuk berhenti merokok. Saya kini sudah tidak lagi merokok! Saya berjaya berhenti merokok TANPA PERLU mengambil apa-apa ubat, mahupun gula-gula getah semata-mata untuk mengantikan ketagihan merokok.
Pada pengalaman saya, kaedah sebegitu sebenarnya kurang berkesan. Ianya hanya akan membuatkan anda bergantung pula kepada bahan-bahan tersebut. Silap haribulan, kos untuk membeli penawar itu lebih tinggi dari kos merokok. Akibatnya, lambat-laun, anda akan kembali merokok semula.
Hidup Saya Kini Lebih Bermakna!
Benar sahabatku, setelah berjaya berhenti merokok, saya dapat merasakan perbezaan yang amat ketara dalam hidup saya. Saya rasa, hidup saya lebih bermakna dan lebih menggembirakan.
Saya kini sudah boleh merasai akan rasa sebenar setiap makanan yang saya nikmati. Berbanding dulu, makanan yang dimakan tidak dapat saya rasai akan kemanisan dan kesegarannya yang sebenar. Rasa payau pada lidah menenggelamkan nikmat sebenar rasa makanan yang dimakan.
Kehidupan saya juga rasa lebih bertenaga. Setiap kali bangun tidur, saya rasa lebih segar. Si isteri? Jangan ceritalah.. dia pun lebih gembira kerana tiada lagi nafas busuk yang berbau rokok setiap kali bangun tidur.
Wang? Jika dulu agak sukar untuk saya menyimpan wang, kini, alhamdulilah, sedikit demi sedikit saya dapat menyimpan wang dan sekaligus menjadikan kedudukan kewangan saya lebih baik.
Rakan-rakan? Percaya atau tidak, selepas saya berhenti merokok, satu demi satu rakan saya juga turut berhenti merokok, semuanya menggunakan teknik yang sama seperti mana yang saya gunakan.
HIDUP ini menjadi lebih INDAH!
Jom! Mari Kita Berhenti Merokok!
Marilah! marilah kita bersama-sama memBEBASkan diri daripada menjadi "Hamba Rokok" untuk selama-lamanya... bukan untuk 3 hari, seminggu atau sebulan... tapi untuk selama-lamanya...
Untuk tujuan itu, saya telah pun membukukan "Cara-cara Bagaimana Saya Berhenti Merokok!". Saya harap, ianya dapat membantu anda di dalam usaha untuk berhenti merokok! Jika saya mampu lakukannya.. saya yakin, anda juga mampu untuk melakukannya?
Inilah dia ebook yang telah saya tulis untuk membantu anda membebaskan diri jadi menjadi perokok tegar. Di dalam ebook ini, saya kongsikan cara-cara mudah untuk berhenti merokok. Selain itu, antara isi kandungan yang turut terdapat dalam ebook ini ialah:-

· 2 Perkara Utama yang membuatkan anda terus merokok. Anda perlu sedar mengenai 2 perkara ini, jika tidak, sampai bila-bila pun anda akan terus merokok.
· 5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok. Ramai orang yang gagal berhenti merokok, tidak tahu sebab mengapa mereka gagal untuk berhenti. Disebabkan itu, mereka akhirnya menjadi pasrah dan tidak mahu lagi berusaha
· 4 Kelebihan Utama Bberhenti Merokok. Jika anda ingin berhenti merokok, anda mesti tahu, mengapa anda mesti berhenti merokok? 4 Kelebihan ini akan memberikan anda sebab yang kukuh, mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang!
· Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok. Disinilah rahsia terbesar bagaimana anda boleh berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca, fahami dan lakukan setiap langkah yang diajarkan dengan penuh tekad.
· Tempoh Pantang Merokok. Berapa lamakah anda harus berpantang dari menghisap rokok untuk membolehkan anda kekal berhenti merokok selamanya? Semua itu dikupas di dalam bab ini.
· Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok. Selepas anda berjaya melepasi tempoh pantang merokok, masih ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kembali merokok, ketahui apa perkara tersebut dan pastikan anda mengelakkan dari melakukannya.
· Rokok Terakhir . Bagaimana menghadapi saat-saat terakhir anda bersama rokok. Ianya amat penting dan kritikal.
· Amaran Terakhir. Jika terasa ingin merokok semula, ingatilah amaran ini.
· Saat Kebenaran . Kebebasan dan ketenangan hidup kini adalah milik anda. Bergembiralah!

ROKOK!

Berhenti Merokok
Apakah baiknya berhenti merokok?
Pernafasan bertambah baik
Stamina meningkat
Lebih sihat
Lebih diterima oleh masyarakat
Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
Melindungi orang lain dari bahaya merokok
Menjimatkan wang
Melindungi persekitaran
Mengapa susah untuk berhenti?
Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
Mengatasi gian dan keinginan merokok
Bagaimana cara berhenti merokok?
Menyedari anda mepunyai masalah.
Membuat keputusan.
Menetapkan tarikh berhenti merokok.
Elakkan pengaruh untuk merokok.
Minta bantuan dari rakan anda.
Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
Rancang hari hari tidak merokok anda.
Bina keyakinan diri.
Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok.

berkelah
Direktori berhenti merokok (Klinik kerajaan - www.infosihat.gov.my, Laman web Malaysia - www.notobacco.org).
Petua mengatasi keinginan merokok.
Tarik nafas panjang
Minum air
Membuat kerja lain
Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
Mandi
Basuh tangan
Senaman ringan ( contoh : regangan)
Sembahyang / meditasi
SASARAN INDUSTRI TEMBAKAU
Pengenalan
Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi menggantikan mereka yang telah mati.
Usia muda merupakan sasaran yang tepat.
Sekiranya remaja mula merokok, peluang untuk mereka terus mengekalkan tabiat merokok sehingga dewasa adalah tinggi.
Apakah matlamat industri tembakau?
Menipu dan memutarbelitkan masyarakat supaya merokok. Terutamanya kanak-kanak dan belia. Belia yang ketagihan merokok, akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.
Bagaimana industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok?
Strategi industri tembakau adalah seperti berikut :
Lebih matang dan dewasa
Canggih
Riang
Bergaya
Tenang
Diterima ramai
Menjadikan rokok :
Mudah diperolehi
Boleh dibeli dengan harga yang murah
Boleh dibeli dengan satu batang rokok sahaja
Meyakinkan bahawa rokok boleh membantu anda :
Menikmati keseronokan yang lebih
Merasa lebih tenang
Menyembunyikan fakta sebenar bahawa rokok :
Mendatangkan ketagihan
Membahayakan kesihatan anda
Menyebabkan kematian lebih awal dari sepatutnya
Melalui promosi rokok, menarik belia menghadiri :
Konsert / panggung wayang
Majlis / perjumpaan sosial
Papan iklan
Media bercetak/ media elektronik
Bagaimana untuk mengelak dari dipengaruhi industri tembakau?
Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda
Bagaimana?
Disini, disenaraikan kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda
Jadilah penggerak "Anti-Tembakau" di kalangan remaja
Suarakan pendapat anda
Ketahuilah, sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri
Berinteraksilah atas talian (on-line)
FAKTA MENGENAI TEMBAKAU DAN MEROKOK
Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?
Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah
Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?
Merokok boleh dalam bentuk berikut :
Rokok
Cerut
Tembakau paip
Seesha
Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?
Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok
Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?
Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan
Mengapa merokok merbahaya?Merokok merbahaya kerana :
Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung
Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah
Bagaimana merokok itu membahayakan?
Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah
Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain? Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :
Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dsb.
Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :
Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
Napthylamine (ubat gegat)
Arsenik (racun anai-anai)
Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
Kadmium (terdapat dalam bateri)
DDT (Ubat nyamuk)
Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
Butane (gas yang boleh membunuh)
Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
Hydrogen cyanide (racun)
Toluene (bahan pelarut)
Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
Barah paydara: lebih 11 kali ganda
Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda
Adakah perokok pasif kurang bahaya?
Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :
Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :
2 kali ganda nikotin
3 kali ganda tar
5 kali ganda karbon monoksida
50 kali ganda bahan kimia merbahaya
Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?
Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau memiliki bahan yang dihasilkan dari tembakau. Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut :
Sekolah
Hospital dan klinik
Bangunan-bangunan kerajaan
Lif
Kapalterbang
Bila merokok dianggap sebagai ketagihan?
Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok
Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :
Tanda fizikal :
Gelisah
Menggeletar
Degupan jantung lebih laju
Pernafasan cetek / tidak dalam
Corak pemikiran :
Gian untuk menghisap rokok
Berasa risau, gelisah dan bimbang
Tidak boleh menumpukan perhatian
Corak Emosi :
Mudah marah
Mudah runsing
Rasa bimbang
Gelisah
Pola kelakuan :
Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
Tercicir dari sekolah
Perubahan sikap dan tingkah laku
Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok
BERKATA "TIDAK" KEPADA MEROKOK
Mengapa anda perlu berkata "Tidak"?Adalah penting berkata "Tidak" kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.
Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok?
Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk mengatakan "tidak", tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda.
Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting.
Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan.
Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth."Saya tidak mahu merokok" atau "Pakcik saya mati disebabkan merokok")
Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak.
Mungkin seorang remaja boleh berkata "Bapa saya tidak membenarkan saya merokok" "Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok" .
Yang penting anda perlu bertegas bila berkata "tidak" tanpa melukai hati/perasaan orang lain.
Bagaimana anda bertegas diri?
Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak berhajat untuk merokok.
Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa tidak merokok.(contoh: merokok membahayakan kesihatan saya).
Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda memahami perasaan orang lain.
Bagaimana anda menyampaikan keputusan anda?
Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul. (ekspresi muka, gaya badan dsb.)
Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih tegas.
Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan nada suara yang jelas dan meyakinkan.
Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila bercakap dengan seseorang. Pandang terus ke mata seseorang semasa bercakap
Ekspresi muka . Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan apa yang anda perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda marah).
Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang. (sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada dijarak yang dekat untuk menimbulkan kemesraan.
Bagaimana mengatakan "Tidak"?
Teknik
Contoh
"Tidak" yang mudah
"Tidak" atau "Tidak, terima kasih."
Beritahu yang benar
"Tidak, terima kasih, saya tidak merokok"
Beri alasan
"Tidak, terima kasih, saya perlu pergi segera ke tempat lain."
Menukar subjek perbualan
Katakan "tidak" dan teruskan bercakap perkara lain
"Tidak, terima kasih. Hey. Anda tengok perlawanan malam tadi tak?"
MITOS DAN FAKTA-FAKTA BERKENAAN MEROKOK
Mengapa remaja merokok?
Terdapat banyak sebab remaja merokok dan ianya diklasifikasikan mengikut :
Peribadi :
Ingin tahu atau ingin mencuba
Ingin membuktikan dirinya sudah matang untuk merokok
Merasa rendah diri
Mempercayai mitos merokok
Memberontak
Sosial :
Tekanan rakan sebaya
Dicabar oleh kawan-kawan supaya merokok
Mencontohi ibu bapa /penjaga atau saudara mara yang merokok
Mencontohi idola popular yang juga perokok
Persekitaran :
Pengaruh media (contoh : iklan)
Mudah diperolehi
Boleh dibeli
Mitos dan kebenaran mengenai merokok
Mitos
Kebenaran/kenyataan
Merokok tidaklah membahayakan seperti mana yang didakwa sesetengah orang
Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa merokok adalah salah satu penyebab kematian dan ketidakupayaan yang serius di Malaysia.

Berhenti merokok adalah mudah
Ramai yang gagal untuk berhenti merokok walaupun setengah dari perokok telah cuba berhenti sekurang-kurangnya sekali.

Saya tidak perlu bimbang tentang akibat buruk merokok sehingga apabila saya tua.

Merokok adalah sesuatu yang memberi kesan kepada anda sekarang.
Ianya memberikan kesan fizikal kepada anda dengan :
Mengurangkan keupayaan anda dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berat
Meningkatkan paras karbon monoksida di dalam badan anda
Mengubah warna gigi dan jari anda dan mengurangkan deria rasa anda
Menyebabkan anda barbau asap rokok
Membelanjakan wang sebanyak RM500 setahun jika anda merokok 40 batang seminggu
Merokok menjadikan saya dewasa.
Remaja yang tidak merokok didapati lebih matang.
Merokok membolehkan saya mendapat kawan
Remaja yang tidak merokok akan mendapat lebih ramai kawan kerana sebahagian besarnya kebanyakan remaja tidak merokok.
Merokok memberikan saya inspirasi
Ramai remaja yang merokok lebih mudah terlibat dalam kegiatan negatif yang berbahaya dan menyalahi undang-undang
Merokok nampak macho dan bergaya
Merokok menjadi semakin kurang diterima masyarakat. Tempat awam adalah kawasan larangan merokok. dan telah dilarang di kebanyakan tempat awam di Malaysia. Merokok juga menggalakkan penuaan.
Curut lebih selamat dari rokok
Curut tidak mempunyai penapis dan meningkatkan kesan kesihatan yang negatif walaupun ia tidak disedut sehingga ke dalam paru-paru.
Tembakau yang tidak dibakar adalah lebih selamat
Tembakau yang tidak dibakar ialah semua jenis tembakau yang di kunyah, dihidu atau dihisap. Ia meningkatkan risiko mendapat barah mulut dan tekak.
AKIBAT MEROKOK
Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?
Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita
Apakah kesan-kesan jangka pendek?

Otak
-

Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
Telinga
-
Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
Mata
-
Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
Mulut
-
Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
-
Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
-
Gigi menjadi kuning
Hidung
-
Mengurangkan deria bau
Kulit
-
Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
Paru-paru
-
Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?
Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
Penyakit Jantung
Angin Ahmar / Strok
Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
Penyakit mulut dan gusi
Ulser (perut, peptic)
Osteoporosis
Kemandulan (tidak boleh hamil)
Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
Mati pucuk
Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?
Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
Menyebabkan pencemaran udara
Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran

SELEPAS PMR BERLALU

Nampaknya semua calon-calon lepasan PMR nampak gembira kerana terlepas daripada dugaan dan cabaran yang penuh mencabar selepas dari menghadapi peperiksaan PMR
Saya selaku guru sentiasa mendoakan kejayaan bagi semua anak murid yang tercinta. Semoga maju jaya. Sekarang adalah masa untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah... semoga doa kita dimakbulkan Allah. Amin

Thursday, October 1, 2009

TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN DAN HALATUJU SELEPAS PMR


Di laksanakan pada :

Tarikh : 30 September 2009

Hari : Rabu

Kumpulan sasaran : tingkatan tiga

Penceramah dari : al-asad consultant (013-4448177)


Sunday, September 13, 2009

TIP PEPERIKSAAN

Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa yang telah anda pelajari.

Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.
Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan:
Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal. Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri anda.Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

Bersantailah tapi berhati-hati. Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu. Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.
Jawab soalan secara strategik. Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:

soalan paling sukar,
yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

STESS

Adakah Saya Mengalami Stress ?
Anda dikehendaki membaca setiap pernyataan di bawah dan menilai setakat
mana pernyataan itu benar tentang diri anda. Sila gunakan skala di bawah.

Sangat tidak setuju 1
Kurang setuju 2
Kadang-kadang setuju 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

Bil Pernyataan Skala
1 Saya berasa sangat letih walaupun saya mempunyai masa tidur yang cukup
2 Saya tidak puas hati dengan tugasan yang dilakukan
3 Saya berasa sedih tanpa sebab
4 Saya seorang pelupa
5 Saya lekas marah dan menengking pada orang lain
6 Saya menyisihkan diri daripada orang lain semasa belajar dan ketika berada di rumah
7 Saya mempunyai masalah tidur kerana bimbang akan tugasan
8 Saya sentiasa sakit
9 Sikap saya terhadap tugasan ialah “why bother’ (tidak kisah)
10 Saya selalu dalam keadaan konflik
11 Pencapaian ujian saya tidak sampai ke tahap yang ditetapkan
12 Saya menggunakan dadah dan “alcohol” untuk menenangkan jiwa dan pemikiran
13 Berkomunikasi dengan orang lain adalah sesuatu yang tertekan
14 Saya tidak mampu menumpukan perhatian terhadap kerja lagi
15 Saya mudah merasa bosan terhadap pelajaran
16 Saya bekerja keras tetapi tidak dapat menyempurnakannya
17 Saya merasa kecewa dengan kerja saya
18 Saya tidak berminat ke sekolah
19 Aktiviti sosial adalah lemah
20 Apabila tidak belajar, saya lebih suka menonton televisyen
21 Saya tidak mempunyai harapan tinggi terhadap pelajaran pada masa depan
22 Saya berasa bimbang terhadap pelajaran w alaupun cuti
23 Perasaan tentang pelajaran saya diganggu oleh kehidupan personal
24 Bagi saya pelajaran itu tidak membawa apa-apa makna

JUMLAH SKOR SAYA :_________________

Interpretasi Inventori STRESS
SKOR HURAIAN
24 – 50 Melakukan dengan baik
51 – 75 Bagus sekiranya anda mencegah
76 – 100 Anda bakal menghadapi stress
101 - 120 Anda sedang menghadapi stress

Unit Binbingna Dan Kaunseling SABK MIA
Cikgu Faizah

Thursday, September 10, 2009

HARI RAYA AIDILFITRI 1430 H

HARI RAYA PUASA AIDIL FITRI 1430 H

Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan di mana umat Islam akan berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalender Hijrah Islam. Anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik di Malaysia.

Perayaan Hari Raya Puasa juga merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila sembahyang sunat Aidil Fitri dimulakan.
Perayaan Hari Raya Puasa bermula sebaik sahaja anak bulan disahkan kelihatan oleh pemegang Mohor Besar Diraja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit berbanding Hari Raya Korban. Kita disunatkan untuk makan sedikit sebelum menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri. Selain itu kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri melalui jalan yang berlainan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu, mereka yang muda akan memohon kemaafan daripada mereka yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka.

Pada hari raya, Aidil Fitri, kita disuruh agar membantu mereka yang dari golongan fakir miskin. Mereka yang malang ini jangan dilupakan dan hendaklan diraikan dan diberi bantuan sekadar yang mampu.


Pada zaman nabi, perayaan Hari raya Aidil Fitri hanya disambut selama 1 hari sahaja, berbanding dengan perayaan hari raya Aidil Adha yang disambut selama tiga hari.
Selepas meraikan hari raya Aidil fitri, orang Islam juga disunatkan untuk berpuasa enam hari atau 'puasa enam'. Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang-seli tetapi mesti dihabiskan di dalam bulan Syawal. Ini berdasarkan sabda NabiS.A.W.
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikuti puasa itu dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh)." (Riwayat Muslim.)

Wednesday, September 2, 2009

MUTIARA KATA

Anda adalah apa yang anda fikirkan. fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Jadi, apa yang ingin anda fikirkan?

Apa yang anda fikirkan akan mempengaruhi apa yang anda lakukan. Jika anda asyik fikirkan tentang kegagalan, anda akan rasa takut untuk mencuba. Akibatnya anda tidak akan berjaya kerana untuk berjaya, anda perlu sekurang-kurangnya mencuba.

Hidup dan Mati

Manusia sering lupa tentang satu perkara iaitu kematian. Setiap kali kita terjaga daripada tidur pada waktu pagi itu menunjukkan usia kita semakin berkurangan satu hari lagi. Orang yang memikirkan tentang kematian akan takut untuk melakukan kejahatan. Serta sering berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan...

Tuesday, September 1, 2009

Ramadhan- Solat Sunat Tarawih

Kelebihan-Kelebihan Solat Sunat Tarawih
Dalam Bulan Ramadhan.


Malam Pertama:Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam Ke 2:Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ke 3:Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Ke 4:Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Ke 5:Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Ke 6:Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ke 7:Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam Ke 8:Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam Ke 9:Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.


Malam Ke 10:Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam Ke 11:Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam Ke 12:Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam Ke 13:Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam Ke 14:Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam Ke 15:Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam Ke 16:Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam Ke 17:Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam Ke 18:Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam Ke 19:Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Ke 20:Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam Ke 21:Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 22:Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam Ke 23:Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 24:Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam Ke 25:Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam Ke 26:Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam Ke 27:Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam Ke 28:Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam Ke 29:Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam Ke 30:Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan- kelebihan

SIRI 1 : AWAL AL-MUBARAK

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya." Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya. Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya. Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya. Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa. "Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu: Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan. Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. Selamat Berpuasa dan wassalam.


SIRI 2 : EMPAT TUNTUTAN
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183 Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan. Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah; 2. Beristighfar;3. Memohon memasuki jannah dan 4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam. Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa: "Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu." Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya. Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul. Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar." Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan. Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan. Selamat beribadat dan wassalam.


SIRI 3 : KELEBIHAN SAHUR & TAMAR
“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan MuslimIbadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa. Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
· Menuruti sunnah;
· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
· Menambah kekuatan untuk beribadat;
· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa. Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut. Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. Selamat bersahur dan wassalam.




SIRI 4 : BERBUKA PUASA
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." -HR Bukhari MuslimTiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa. Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak daripada mereka yang menunda waktu berbuka.Rasulullah SAW juga menyeru umatnya agar tidak tergesa-gesa ketika berbuka puasa. Makanlah dengan sewajarnya namun janganlah pula sehingga habis waktu untuk menunaikan solat Maghrib. Ini sejajar dengan sabda Baginda yang bermaksud:
"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." -HR Bukhari MuslimMendahului berbuka dengan memperbanyakkan doa adalah suatu yang dituntut kerana Allah SWT telah berjanji akan mengabulkan doa mereka yang berpuasa. Sebaiknya hendaklah doa yang meminta supaya diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Doa ini bukan sahaja dituntut ketika hendak berbuka puasa wajib tetapi juga ketika berpuasa sunat.Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh dijadikan pedoman ketika berbuka, iaitu:·
- - "Allahumma laka shumtu wa 'alaa rizqika afthartu." (Ya Allah, demi Engkau, aku puasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka)
- - "Alhamdulillahiladzi a'aanani fashumtu wa razaqani fa afthartu." (Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku, sehingga aku (sanggup) berpuasa dan memberiku rezeki, sehingga aku (dapat) berbuka)
- - "Allahumma laka shumnaa wa 'alaa rizqika aftharnaa, fa taqabbal minnaa innaka antas samiiul 'aliim." (Ya Allah, demi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah (puasa) dari kami. Sesungguhnya Engkau benar-benar Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)
- - "Allahumma inni as 'aluka bi rahmatikallati wasi'at kulla syai'in antaghfiralii." (Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi segenap (makhluk) agar Engkau mengampuni diriku)
Walau bagaimanapun, menurut Imam Nawawi dalam Kitab Al-Azkar, doa-doa berbuka puasa tiada yang sahih. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap individu boleh berdoa apa sahaja sesuai dengan keinginan mereka. Namun sebagai manusia biasa, adakalanya doa yang dipanjatkan tidak dimakbulkan Allah SWT. Jika hal ini berlaku maka kita hendaklah mengkaji di mana kesilapan kita. Mungkin juga makanan atau minuman yang kita ambil datang daripada sumber yang tidak sah kerana salah satu syarat supaya doa kita dimakbulkan ialah sumber makanan kita haruslah daripada sumber yang halal. Bukan sahaja dari segi makan minum harian, malah kita sepatutnya lebih teliti dalam melakukan dan memperkatakan apa jua perkara, termasuklah dalam urusan yang kita anggap sebagai kecil dan remeh-temeh. Masalah tidak akan timbul jika kita menyelesaikan perkara yang kecil terlebih dahulu sebelum ianya menjadi lebih besar.Selamat berbuka dan wassalam.




SIRI 5 : LAILATUL QADAR

Bismillahirahmanirahhim.
Assalammualaikum wbt.

"…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad

Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat.
Suatu masa Baginda hendak memberitahu kaumnya mengenai tarikh Lailatul Qadar yang tepat tetapi terjadi satu pergaduhan di antara dua orang muslim. Jelas Baginda, maka itu rahmat (tarikh Lailatul Qadar) telah diambil kembali. Sesungguhnya perbalahan kerapkali menyebabkan kita kehilangan nikmat dan rahmat. Justeru, Baginda menyarankan kepada kaum muslimin agar menghubungkan silaturrahim kerana ia adalah amalan yang lebih baik daripada solat, puasa dan sedekah. Silaturrahim juga akan meningkatkan iman di dalam sesuatu kaum.
Pada zaman Rasulullah SAW, ramai ulama dan sahabat menyambut Lailatul Qadar dengan tekun mengerjakan ibadat. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah leka dalam hal ini walaupun Baginda telah dijanjikan tempat di sisi-Nya. Malahan Baginda khusyuk beribadat sehingga kakinya bengkak tanpa memikirkan kesakitan yang ditanggung.
Kita sebagai umatnya juga harus mengikuti contoh ini. Tidak sepatutnya kita memilih untuk mengikuti sunnah Baginda yang dirasakan mendatangkan faedah yang besar kepada kita sahaja kerana sememangnya semua sunnah Nabi memberi faedah. Namun, apabila memperkatakan hal ibadat, jarang sekali kita mahu mencontohinya. Bak kata pepatah tepuk dada, tanya selera.
Perbanyakkanlah amalan pada Malam Lailatul Qadar seperti membaca Al-Quran, bertasbih dan bertahmid. Dan ia sesungguhnya boleh ditemui jika kita dapat membezakan malam tersebut dengan malam-malam sebelumnya.

Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah:
· Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
· Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;
· Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;
· Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."

Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.

Semoga bersua dengan Lailatul Qadar dan wassalam.