Sunday, September 13, 2009

TIP PEPERIKSAAN

Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa yang telah anda pelajari.

Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.
Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan:
Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal. Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri anda.Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

Bersantailah tapi berhati-hati. Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu. Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.
Jawab soalan secara strategik. Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:

soalan paling sukar,
yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

STESS

Adakah Saya Mengalami Stress ?
Anda dikehendaki membaca setiap pernyataan di bawah dan menilai setakat
mana pernyataan itu benar tentang diri anda. Sila gunakan skala di bawah.

Sangat tidak setuju 1
Kurang setuju 2
Kadang-kadang setuju 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

Bil Pernyataan Skala
1 Saya berasa sangat letih walaupun saya mempunyai masa tidur yang cukup
2 Saya tidak puas hati dengan tugasan yang dilakukan
3 Saya berasa sedih tanpa sebab
4 Saya seorang pelupa
5 Saya lekas marah dan menengking pada orang lain
6 Saya menyisihkan diri daripada orang lain semasa belajar dan ketika berada di rumah
7 Saya mempunyai masalah tidur kerana bimbang akan tugasan
8 Saya sentiasa sakit
9 Sikap saya terhadap tugasan ialah “why bother’ (tidak kisah)
10 Saya selalu dalam keadaan konflik
11 Pencapaian ujian saya tidak sampai ke tahap yang ditetapkan
12 Saya menggunakan dadah dan “alcohol” untuk menenangkan jiwa dan pemikiran
13 Berkomunikasi dengan orang lain adalah sesuatu yang tertekan
14 Saya tidak mampu menumpukan perhatian terhadap kerja lagi
15 Saya mudah merasa bosan terhadap pelajaran
16 Saya bekerja keras tetapi tidak dapat menyempurnakannya
17 Saya merasa kecewa dengan kerja saya
18 Saya tidak berminat ke sekolah
19 Aktiviti sosial adalah lemah
20 Apabila tidak belajar, saya lebih suka menonton televisyen
21 Saya tidak mempunyai harapan tinggi terhadap pelajaran pada masa depan
22 Saya berasa bimbang terhadap pelajaran w alaupun cuti
23 Perasaan tentang pelajaran saya diganggu oleh kehidupan personal
24 Bagi saya pelajaran itu tidak membawa apa-apa makna

JUMLAH SKOR SAYA :_________________

Interpretasi Inventori STRESS
SKOR HURAIAN
24 – 50 Melakukan dengan baik
51 – 75 Bagus sekiranya anda mencegah
76 – 100 Anda bakal menghadapi stress
101 - 120 Anda sedang menghadapi stress

Unit Binbingna Dan Kaunseling SABK MIA
Cikgu Faizah